NADI x Nurture DILEA (Live Class Sejarah)
20 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Jun 2025, Khamis, NADI x Nurture DILEA (Live Class Sejarah) telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bermula daripada pukul 3:30 petang sehingga 4:30 petang dan telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah iaitu adik Macdeminlina Natasha. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian kelas tersebut.
NADI x Nurture DILEA (Live Class Sejarah) ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 4 memahami subjek Sejarah dengan lebih mudah dan interaktif. Dalam kelas ini, pelajar didedahkan kepada topik-topik penting berdasarkan sukatan pelajaran KSSM, dengan pendekatan pengajaran yang menarik seperti kuiz, tayangan visual, dan perbincangan kumpulan.
Melalui kerjasama ini, pelajar dapat mengukuhkan pemahaman terhadap peristiwa sejarah, tokoh penting, dan perkembangan tamadun dunia serta negara. Ia juga bertujuan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah melalui pembelajaran yang lebih santai namun berkesan. Program ini bukan sahaja menyokong pembelajaran akademik, malah membina semangat patriotisme dan kefahaman terhadap warisan negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: